PLAN PEMASARAN

Pelan Pemasaran

Pengenalan
Stormreaders Network Sdn Bhd memasarkan produk-produknya yang berbentuk bahan-bahan ilmu yang bermanfaat melalui Program Gabungan Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM Affiliate Program). Program ini secara tidak langsung akan menggalakkan pertumbuhan usahawan melalui perniagaan secara online dan rangkaian.

Keahlian
1. Keahlian boleh diperolehi melalui pendaftaran dengan yuran keahlian sebanyak RM90 sahaja. Dengan keahlian ini ahli akan memiliki:

Kad Keahlian = RM30 (tahunan)
Insuran Takaful RM30,000
Khairat Kematian RM3,000
Sistem e-Net & Laman web e-store peribadi = RM30 (tahunan)
Kit Permulaan Perniagaan = RM30

2. Setiap ahli yang telah mendapatkan keahlian akan memiliki sebuah laman web e-Store yang lengkap dengan produk-produk dan sedia untuk menerima tempahan secara online. Ahli perlu membuat promosi untuk peniagaan ‘online’ miliknya dan seterusnya menjana pendapatan melalui komisyen dan bonus jualan e-Store.

3. Ahli mempunyai pilihan untuk bergiat dan menyertai rangkaian pengedar sebagai ‘Rakan Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi produk dan mengumpul nilai mata sehingga 100CP (RM300) dan seterusnya melayakkan diri untuk membina rangkaiannya sendiri.
4. Ahli akan maju ketahap ‘Pengedar’ dengan membuat penajaan ‘Ahli’ dan ‘Rakan Pengedar Baru’ dan seterusnya menjana pendapatan tambahan melalui komisyen dan bonus rangkaian.

5. Ahli perlu mencapai jualan bulanan minima bernilai 20CP (RM60) untuk terus kekal aktif di dalam rangkaian.
Jenis Pendapatan
Berikut adalah jenis-jenis pendapatan yang telah disediakan oleh Stormreaders Network kepada ahli-ahli:
1. Komisyen Jualan e-Store Peribadi (20% nilai jualan)
  • Ahli membuat dan melengkapkan aktiviti jualan kepada pelanggan atau belian peribadi pada e-Store miliknya, melayakkannya untuk mendapat komisyen.
  • Komisyen yang diberikan oleh Stormreaders Network adalah sebanyak 20% daripada nilai harga jualan yang telah ditetapkan (katalog) dan akan dikira setiap hari.
  • Tiada had minima atau maksima dan ahli layak memilikinya setiap hari selagimana aktiviti jualan dan belian berlaku pada e-Store miliknya sendiri.
  • Penghantaran akan dibuat terus dari pusat pengedaran Stormreaders Network kepada pelanggan e-Store ahli dan status penghantaran boleh disemak dengan menggunakan system yang telah disediakan.
2. Bonus Jualan e-Store Tajaan (10% nilai jualan e-Store tajaan)
  • Sebagai tambahan, ahli juga akan menikmati Bonus ‘overriding’ jualan atau belian yang berlaku pada e-Store di bawah rangkaian yang telah ditaja sendiri, iaitu sebanyak 10%.
  • Ahli perlu mencapai tahap jualan minima RM500 sekiranya ingin menikmati bonus ‘overriding’ ke atas semua e-Store tajaan ahli.
3. Bonus e-Store Global (Perkongsian 5%)
  • Bonus e-Store Global adalah perkongsian bahagian 5% daripada jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network.
  • Setiap ahli yang berjaya mencapai tahap tertentu jualan e-Store layak untuk memiliki bahagian-bahagian yang ditetapkan di dalam Bonus e-Store Global dan akan dikira pada setiap hujung bulan.
  • Jumlah bahagian perkongsian yang layak untuk ahli miliki adalah seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah.
Jadual Bonus eStore Global
4. Komisyen Jualan Peribadi (15% nilai mata jualan peribadi)
  • Komisyen Jualan Peribadi adalah pendapatan hasil daripada usaha memperkenal, menaja dan seterusnya membuat jualan peribadi kepada rakan pengedar baru di dalam rangkaian.
  • Ahli perlu terlebih dahulu maju kepada tahap ‘Rakan Pengedar’ untuk membolehkan ahli menaja ‘Rakan Pengedar Baru’.
  • Tiada had minima atau maksima untuk memiliki Komisyen Jualan Peribadi. Ahli layak memilikinya selagimana ianya adalah usaha dan penjaan ahli sendiri

5. Bonus Jualan Kumpulan (15% nilai mata jualan kumpulan)
  • Komitmen dan kerjasama di dalam perkhidmatan dan aktiviti jual beli di dalam rangkaian membolehkan ahli untuk menjana pendapatan berterusan melalui Bonus Jualan Kumpulan.
  • Ahli perlu terlebih dahulu maju kepada tahap ‘Pengedar’ untuk menikmati Bonus Jualan Kumpulan
  • Ahli layak menerima pendapatan mingguan daripada Bonus Jualan Kumpulan sehingga kepada tahap maksima mingguan iaitu sebanyak RM4,500 atau 25% daripada jumlah jualan harian syarikat.
  • Ahli perlu membina dan memastikan sekurang-kurangnya 3 kumpulan aktif untuk mula menjana Bonus Jualan Kumpulan dengan setiap kumpulan masing-masing mempunyai gabungan mata (CP) minima 100CP:100CP:100CP dimana setiap 100CP membawa nilai bonus 15bv (sila rujuk rajah Bonus Jualan Kumpulan).
  • Setiap mata (CP) yang tidak bergabung akan dibawa kepada keesokan harinya untuk digabungkan dan seterusnya menjana nilai bonus (bv) sehingga kepada tahap maksima mingguan.
  • Baki 100CP:100CP yang tidak bergabung pada setiap hujung minggu akan menerima bonus perkembangan kumpulan iaitu 10bv untuk setiap gabungan.
  • Mata (CP) yang tidak bergabung dan tidak melebihi 10,000CP (setiap kumpulan besar, pertengahan dan kumpulan-kumpulan kecil) akan dibawa ke minggu seterusnya.
* Gabungan mata (100CP:100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 45bv (harian)
Gabungan mata (100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 10bv (mingguan)
Rajah Bonus Jualan Rangkaian
6. Bonus Jualan Rangkaian Global (Perkongsian 3% GNRSV)
  • Bonus Jualan Rangkaian Global adalah perkongsian bahagian 3% daripada jumlah jualan seluruh rangkaian Stormreaders Network dan akan di kira setiap bulan.
  • Setiap ahli yang telah berjaya maju dan mencapai kepada tahap kepimpinan layak untuk memiliki perkongsian bonus ini mengikut nilai perkongsian yang telah ditetapkan.
Sila lihat jadual di bawah:
Jadual Bonus Jualan Rangkaian Global
  • Jumlah perkongsian pada bulan-bulan seterusnya akan bergantung kepada tahap pencapaian masing-masing pada bulan tersebut dan tidak bergantung kepada tahap kepimpinan yang telah dicapai pada bulan-bulan sebelumnya.
7. Bonus Kesetiaan Kumpulan (15% nilai mata jualan bulanan kumpulan)
  • Setiap ahli yang telah membina kumpulanya dan mencapai tahap kepimpinan akan menerima Bonus Kesetiaan Kumpulan setiap bulan selagimana kumpulan di bawah kepimpinannya terus aktif mencapai tahap jualan minima bulanan masing-masing (20CP).
  • Pendapatan maksima bulanan Bonus Kesetiaan Kumpulan bergantung kepada Tahap kepimpinan yang telah dicapai oleh ahli. Sila lihat jadual di bawah.
8. Bonus Kesetiaan Kumpulan Global (Perkongsian 3% GNMSV)
  • Setiap ahli yang telah mencapai tahap kepimpinan dan berjaya mengekalkan jumlah belian bulanan kumpulan, layak untuk menerima Bonus Kesetiaan Kumpulan Global iaitu perkongsian 3% daripada jumlah belian seluruh rangkaian global syarikat.
  • Jumlah perkongsian yang layak dimiliki bergantung kepada jumlah belian bulanan kumpulan seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah:
9. Tabung Umrah & Pelancongan (Perkongsian 2% GNMSV)
  • 2% daripada jumlah jualan bulanan ulangan global akan dikumpulkan ke dalam Tabung Umrah & Pelancongan ahli dan boleh digunakan untuk mengerjakan umrah atau melancong.